Resepi Perapan Ayam Bakar Simple Yang Sedap

14 December 2022 10163

resepi ayam bakar simple
Ayam Bakar Simple

Bahan-bahan Ayam Bakar Simple

  • 1 ekor ayam ( potong 4 atau 8)
  • 3-5 sudu besar sos tiram
  • 2-3 sudu kicap lemak manis
  • 1/2 keping gula melaka
  • 2 sudu kecik serbuk lada hitam
  • garam

Bahan-bahan Kisar

  • 3-5 ulas bawang putih
  • 2-4 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 Collapse

    Cara menyediakan Ayam Bakar Simple


    • 1. Basuh dan bilas ayam hingga bersih kemudian toskan air biar kering dahulu. Ketepikan dulu ayam sementara anda menyediakan bahan-bahan perapan.
    • 2. Kisar sehingga lumat bawang putih, bawang merah dan juga halia. Anda boleh tambahkan sedikit air sebelum mengisar bahan tersebut bagi mendapatkan tekstur yang lebih basah dan lembap, lebih kurang seperti puree.
    • 3. Di dalam bekas yang boleh memuatkan ayam nanti, campurkan bahan yang telah dikisar tadi dengan bahan-bahan lain kecuali ayam. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan sekata warnanya.
    • 4. Langkah seterusnya, anda bolehlah masukkan ayam. Gaul dan lumur bahan-bahan perapan ke semua bahagian ayam. Ini penting bagi memastikan rasa bahan perapan meresap sepenuhnya ke dalam ini ayam. Perap ayam paling kurang 30 minit, lagi lama lagi bagus.
    • 5. Setelah selesai proses perapan, anda boleh mula membakar. Anda boleh membakar ayam ini engan beberapa cara seperti dengan menggunakan Air Fryer, ketuhar ataupun oven , Pemanggang Ajaib serta boleh juga dibakar dengan dapur arang. Untuk Air Fryer dan juga ketuhar(oven) , suhu yang dicadangkan adalah antara 150 hingga 180 darjah celcius dan dalam jangkamasa 20 hingga 30 minit.
    • 6. Bakar ayam sehingga warna kulit luar keperangan dan sedikit mengecut. Untuk memastikan ayam anda betul-betul masak, potong sedikit bahagian isi, jika isi sudah putih semuanya dan air isi pun jernih je, itu tandanya ayam anda sudah masak. Tapi jika isi ayam masih ada warna pink sedikit dan air isi ayam masih lagi putih kemerahan, anda perlu membakar dengan lebih lama lagi.
    • 7. Setelah masak semuanya, angkat dan hidang ayam kedalam bekas yang bersesuaian. Selamat mencuba!

Jika anda bosan dengan hidangan ayam yang sama setiap minggu, sudah tiba masanya untuk cuba hidangan cara lain, seperti Resepi Ayam Bakar Simple yang ingin kami kongsikan ini . Dengan rasa bahan perapan yang enak dan isi ayam yang berjus, ayam bakar simple adalah pilihan yang tepat serta memuaskan yang pasti menambat selera keluarga anda.

Resepi ini wajib anda masukkan dalam koleksi resepi ayam anda. Bukan saja mudah untuk disediakan, rasanya pula tidak mengecewakan dan mampu membuka selera sesiapa saja yang mencuba.

Terdapat pelbagai variasi resepi ayam bakar yang biasa kita dengar. Antara yang paling popular ialah resepi Ayam Bakar Madu, Resepi Ayam Bakar Barbeque (BBQ) dan Ayam Bakar Berempah. Selain dari itu, anda juga boleh mencuba resepi Ayam Bakar Ala DominosĀ  dan juga Resepi Ayam Bakar ala Kenny Rogers.

Anda lupakan dulu resepi ayam bakar yang lain tu, jom kami terangkan mengapa anda perlu cuba resepi ayam bakar simple ni.

Sesuai dengan namanya yang ada "simple" tu, cara menyediakan resepi ini sangat senang dan ringkas. Sebab tu la kalau anda tidak mempunyai banyak masa untuk ke dapur, resepi ini adalah untuk anda. Anda hanya perlukan sediakan ayam dan bahan perapan, kemudian perap ayam seterusnya bakar, senangkan?haha.

Cara Perap Ayam Bakar Simple

Kami bukan sahaja nak terang kan cara yang senang, tapi kami pun nak pastikan ayam bakar yang anda masak nanti mempunyai rasa yang betul-betul lazat, biar puas hati anda membakar nanti. Jadi pastikan anda gunakan bahan-bahan yang kami kongsikan ini betul-betul, jangan derhaka resepi tahu.

Mari kami tunjukkan cara penyediaan resepi ini.

Untuk resepi ini, kami cadangkan anda gunakan ayam yang dipotong 8 untuk saiz yang agak besar atau potong 12 untuk saiz yang kecil sedikit. Namun begitu, terpulang kepada anda untuk potong ayam mengikut saiz kegemaran anda.

Untuk bahan perapan pula, anda hanya perlu kisar bawang merah, bawang putih dan juga halia. Tambahkan sedikit air ke dalam mesin pengisar jika anda nak dapatkan tekstur yang sedikit berair seperti pes atau puree. Kemudian campur bahan kisar tadi dengan bahan-bahan perapan lain seperti sos tiram, kicap lemak manis dan juga gula melaka.

Untuk senarai bahan-bahan yang lengkap, anda boleh semak dibawah.

Bahan-bahan yang dicampur bersama tadi kemudianya perlu digaul sehingga sebati dan sekata warnanya. Selepas itu anda boleh masukkan ayam dan gaul sekali lagi sehingga abhan perapan melumuri seluruh bahagian ayam. Ini penting supaya rasa bahan perapan betul-betul meresap kadalam isi ayam anda.

Perap ayam paling kurang selama 30 minit. Lagi lama anda perap, makin sedap rasa ayam anda nanti. Perap ayam didalam peti jika melebihi satu jam masa perapan. Sementara ayam diperap, bolehlah ana buat kerja-kerja lain.

Selesai perapan, bakar ayam mengikut kaedah membakar kegemaran anda. Anda boleh gunakan Air Fryer, Ketuhar (Oven) , pemanggang ajaib ataupun bakar sahaja di atas dapur arang.

Anda boleh semak langkah-langkah menyediakan ayam bakar yang lebih terperinci di bahagian bawah nanti.

Jom tengok bahan-bahan yang anda perlukan untuk menyediakan Ayam Bakar Simple ni.