Ayam Bakar Berempah: Rasa Perapan Rempah Asli

16 December 2022 1207

Resepi Ayam Bakar Berempah
Ayam Bakar Berempah dengan rasa yang asli

Bahan utama Ayam Bakar Berempah

  • 1 ekor ayam
  • 1-2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1-2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1-2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1-2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1-2 sudu besar serbuk kunyit
  • Garam

Bahan kisar

  • 3-5 biji bawang merah
  • 3-5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2-3 batang serai
  • 5-10 tangkai cili kering
  • 1 keping Gula Melaka
  • 1 Collapse

    Cara Menyediakan Ayam Bakar Berempah


    • 1. Potong dan basuh ayam sehingga bersih. Keringkan air ayam dan ketepikan sementara anda menyediakan bahan perapan.
    • 2. Sediakan bahan untuk dikisar iaitu bawang merah, bawang putih, halia, serai, cili kering dan gula melaka. Sebelum mengisar, potong dahulu bahan bahan kepada saiz yang lebih kecil. Masukkan sedikit air bersama bahan-bahan tadi supaya ianya mudah dikisar lumat dan tektur bahan perapan lebih cair.
    • 3. Jika anda menggunakan bahan-bahan seperti jintan manis, jintan putih, dan juga ketumbar bukan dalam bentuk serbuk, anda boleh kisar bersama bahan-bahan kisar tadi.
    • 4. Sediakan satu bekas besar supaya mudah untuk memerap kesemua ayam nanti. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi kedalam bekas tersebut. Kemudian masukkan bahan-bahan lain, kecuali ayam, dan gaul sehingga sebati.
    • 5. Seterusnya anda boleh masukkan ayam sekiranya bahan-bahan sudah digaul sekata. Gaul ayam dengan bahan perapan sehingga kesemua bahagian ayam dilumuri.
    • 6. Sekiranya kesemua bahagian ayam sudah digaul sebati dengan bahan perapan, anda bolehlah mulakan proses perapan. Untuk mendapatkan rasa ayam yang diresapi dengan rempah perapan yang sempurna, anda disarankan untuk memerap ayam semalaman. Tetapi jika anda kesuntukan masa, anda boleh memerap ayam selama 30 minit hingga satu jam. Lagi lama ayam diperap, lagi enak rasa ayam anda nanti. Perap ayam didalam peti jika memerlukan tempoh perapan yang lama.
    • 7. Setelah selesai proses perapan, anda bolehla mula membakar. Ayam Bakar Berempah ini sesuai dibakar menggunakan dapur arang, ketuhar(oven) dan pemanggang ajaib.
    • 8. Bakar ayam anda sehingga masak. Untuk memastikan ayam anda dibakar sempurna, cuba hiris potongan ayam bakar sehingga ke isi dalam. Jika isi dalam ayam sudah putih kesemuanya dan tiada lagi isi merah, itu tandanya ayam anda sudah masak.
    • 9. Angkat ayam anda dan sediakan didalam bekas yang bersesuaian. Ayam berempah anda sedia untuk dinikmati. Selamat menjamu selera!

Resepi ayam bakar mana yang menjadi kegemaran anda? Antara Ayam Bakar Berempah, Ayam Bakar Madu, Ayam Bakar Barbeque(BBQ) dan Ayam Bakar Simple, resepi mana yang menambat selera anda? Semuanya lazat-lazat belaka dan sudah tentu menjadi kesukaran bagi anda untuk memilih resepi mana untuk dicuba.

Dalam banyak-banyak koleksi ayam bakar, kami ingin kongsikan salah satu yang popular di Malaysia iaitu Ayam Bakar Berempah. Terus simpan resepi ini dalam koleksi resepi ayam anda, supaya senang nanti bila hendak mencuba. Kalau anda nak senang, kongsikan saja dalam Facebook anda, nanti Mark Zuckenberg ingatkan anda.

Ayam Bakar Berempah menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana ia mempunyai rasa yang unik, tekstur ayam yang mengiurkan dan juga bau harum bahan perapan yang terbakar. Gabungan rasa rempah dan juga bahan perapan lain menjadikan ayam bakar satu resepi yang sempurna.

Resipi ini amat popular untuk dijadikan menu utama bagi acara berkumpul bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Sambil mengeratkan hubungan silaturrahim, perut anda juga dapat menikmati rasa ayam bakar yang enak. Selain itu, ayam bakar berempah ini seringkali menjadi pilihan utama untuk menu berbuka puasa dibulan Ramadan. Baunya saja sudah cukup membuatkan anda tidak sabar menunggu masuknya waktu Magrib untuk berbuka.

Sebenarnya, proses menyediakan Ayam Bakar Berempah ini tidaklah begitu rumit. Anda hanya perlu sediakan ayam dan bahan-bahan perapan, perap ayam untuk tempoh masa yang bersesuaian, kemudian anda boleh mula membakar. Rahsia keenakan ayam bakar ini tentulah terletak pada bahan yang digunakan untuk memerap. Faktor kedua yang menentukan kelazatan rasa yam anda ialah cara pembakaran ayam.

Jenis potongan ayam juga memainkan peranan penting dalam memastikan rasa ayam yang sedap. Potongan ayam yang besar mampu menghasilkan rasa ayam yang lazat berjus tetapi memerlukan teknik pembakaran dan penjagaan api yang betul. Jika langkah tersebut tidak diambil berat, ayam anda nanti tidak akan masak sempurna, bahagian luar nampak garing, tetapi bahagian isi dalam masih merah dan mentah. Jika anda memotong ayam terlalu kecil pula, nanti ayam mudah hangus hingga bahagian isi dalam dan rasa ayam anda akan terlalu kering.

Bahan yang digunakan untuk memerap ayam bakar berempah ini senang untuk didapati. Boleh dikatakan hampir kesemua bahan merupakan bahan wajib yang ada didapur. Anda boleh semak senarai bahan-bahan yang anda perlukan pada bahagian resepi di bawah. Anda boleh kisar kesemua bahan bersama sehingga menghasilkan perapan dalam bentuk pes. Tambah sedikit air sebelum mengisar supaya bahan-bahan dikisar dengan lumat. Tetapi jika pengisar anda kecil, anda boleh kisar bahan-bahan yang wajib kisar sahaja seperti senarai dibawah. Kemudian anda boleh campurkan kesemua bahan di dalam bekas lain dan gaul sehingga sebati.

Masukkan ayam kedalam bekas yang berisi bahan perapan tadi dan gaul sehingga kesemua bahagian ayam dilumuri bahan perapan. Jika saiz ayam anda agak besar, anda boleh cukuk-cucuk bahagian ayam dengan garfu supaya bahan perapan mudah meresap kedalam isi ayam. Perap ayam dalam jangkamasa paling kurang  jam tetapi untuk mendapatkan rasa ayam bakar yang lazat, masa perapan yang dicadangkan adalah selama 12 jam hingga 36 jam. Satu lagi cara untuk memastikan rasa ayam benar-benar diresapi perapan, anda boleh perap ayam didalam plastik zipper bag. 

Ayam bakar berempah ini boleh dibakar mengikut beberapa kaedah seperti menggunakan dapur arang, ketuhar (oven) dan juga pemanggang ajaib. Untuk kaedah pembakaran dapur arang, pastikan anda tidak mendedahkan ayam terus kepada api. Ini penting supaya ayam anda tidak hangus dan hitam. Gunakan bara api sahaja untuk memeastikan ayam dibkar sempurna. Sentiasa kawal api dapur arang anda. 

Jika anda membakar menggunakan ketuhar ataupun oven, suhu yang digunakan pergantung kepada saiz potongan ayam anda. Kebiasaannya, ayam dibakar pada suhu 180 hingga 200 darjah celcius untuk tempoh 20 hingga 25 minit. 

Bakar ayam anda sehingga bahagian isi luar garing dan bahagian isi dalam menjadi putih. Anda boleh hiris sedikit ayam sehingga bahagian dalam dan perhatikan warna cecair isi ayam dan juga warna isi ayam. Jika cecair isi ayam jernih dan isi sudah putih, itu menandakan ayam anda sudah masak. Tambahkan lagi tempoh membakar jika isi dalam masih merah.

Untuk mendapatkan langkah-langkah penyediaan yang lebih lengkap, anda boleh terus ke bahagian cara memasak dibawah.

Sebelum anda mula memasak, jom kongsikan dulu resepi Ayam Bakar Berempah ini dengan rakan-rakan ataupun keluarga  anda. Bolehlah mereka mencubanya juga nanti. Takpun biar mereka yang masak untuk anda.

Jom semak bahan-bahan dahulu.