Asam Pedas Ikan Siakap Cara Melaka

Bahan Utama
- 1 ekor ikan siakap- dibersihkan
- 5 biji kacang bendi
- 1 kuntum bunga kantan - belah 4
- 3 tangkai daun kesum
- 1 cawan air asam jawa
- 1 mangkuk besar air putih
- garam
- gula
Bahan - bahan Kisar
- 10-20 biji cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 1/2 inci halia
- 1/2 inci kunyit hidup
- sedikit belacan
- 5-10 helai daun kesum
-
1 Collapse
Penyediaan Asam Pedas Ikan Siakap
- 1. Sediakan ikan siakap yang hendak dimasak. Potong ikan kepada beberapa bahagian kecil. Basuh dan bilas ikan. Toskan air dan ketepikan dahulu.
- 2. Potong kecil-kecil bahan bahan yang hendak dikisar. Masukkan semua bahan kedalam mesin pengisar, jangan lupa masukkan sedikit air supaya bahan mudah lumat. Kisar bahan sehingga halus dan lumat.
- 3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
- 4. Kemudian masukkkan air asam jawa dan air putih mengikut kepekatan yang diinginkan. Masak sehingga mendidih.
- 5. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Biarkan mendidih sekali lagi dan barulah masukkan ikan.
- 6. Apabila ikan hampir masak, masukkan bendi. tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga bendi agak lembut. Sedia untuk dihidang.
Kali ini kami ingin kongsikan dengan anda resepi ikan siakap masak asam pedas.
Ikan masak asam pedas ni begitu sinonim dengan Melaka. Jika anda peminat asam pedas, setiap kali ke Melaka, anda wajib cuba asam pedas disana. Rasa asam pedas melaka begitu unik dan mampu memikat selera sesiapa saja yang mencuba.
Jika rumah anda dekat dengan Melaka tak mengapalah kalau selalu nak menikmati asam pedas. Tapi kalau jauh, solusinya adalah masak sendiri. Jangan risau, cara masak asam pedas ni mudah sahaja. Anda juga dapat menambah koleksi resepi masakan ikan siakap anda nanti.
Selain mencuba resepi asam pedas ini, anda juga boleh mencuba idea masakan ikan siakap yang lain. Antaranya ialah Kari Ikan Siakap, Ikan siakap Goreng Sos Thai dan Siakap masak Kengsom.
Bahan-bahan yang dugunakan untuk memasak ikan siakap asam pedas ni mudah je intuk didapati.
Antara bahan utama ialah ikan siakap, daun kesum, bunga kantan, air asam jawa dan beberapa lagi bahan. Untuk senarai lengkap, anda boleh semak dibahagian resepi dibawah.
Cara memasak asam pedas pun mudah. Mula-mula anda perlu basuh bersih dahulu ikan dan potong kepada beberapa bahagian kecil. Kelar sedikit bahagian luar ikan. Bilas dan toskan air dahulu.
Seterusnya kisar bahan-bahan yang perlu dikisar. Potong kecil dulu bahan-bahan yang kasar supaya memudahkan proses mengisar nanti. Sebelum mengisar masukkan sedikit air supaya bahan-bahan mudah lumat.
Anda boleh rujuk pada bahagian cara memasak untuk langkah penyediaan ikan siakap masak asam pedas.
Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda di Facebook ataupun group Whatsapp, bolehlah semua oranng mencuba juga nanti.
Jom semak bahan-bahan yang anda perlukan untuk memasak ikan siakap masak asam pedas.