Ikan Siakap Masak Kengsom Resepi Dari Thai

Bahan-bahan untuk ikan
- 1 ekor ikan siakap- dibersihkan
- 1/2 biji nenas
- 2 batang serai
- 1 ikat kangkung
- gula
- garam
- 1 mangkuk besar air putih
Bahan - bahan Kisar
- 2 biji lada merah
- 5 - 8 biji cili padi
- 1 biji bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- 1/2 inci belacan
- 1 inci kunyit hidup
-
1 Collapse
Cara memasak Ikan Siakap Masak Kengsom
- 1. Potong ikan kepada empat bahagian. Anda boleh kelar sedikit ikan yang dipotong tadi supaya rasa kengsom nanti meresap ke dalam isi ikan. Basuh ikan sehingga bersih. Satu tips untuk menghilangkan hanyir ikan ialah dengan membasuh menggunakan tepung gandum. Lumurkan keseluruhan ikan dengan gandum sehingga tanggal semua lendir ikan. Bilas dengan air sehingga bersih. Toskan air dan ketepikan sementara menyediakan kuah kengsom pula.
- 2. Sediakan semua bahan kisar seperti lada merah, cili padi, bawang besar, bawang putih, belacan dan kunyit hidup. Potong kesemua bahan kepada saiz kecil lebih kurang seinci supaya senang untuk dikisar. Sebelum mengisar, tambahkan sedikit air supaya bahan mudah lumat. Kisar bahan sehingga menjadi tekstur halus.
- 3. Setelah bahan kisar sudah lumat, pindahkan kedalam periuk yang bersesuaiaan untuk memasak ikan masak kengsom ini. Anda boleh tambahkan sedikit air supaya ianya lebih berkuah tetapi ingat jangan terlalu banyak, nanti kuah menjadi cair.
- 4. Hidupkan api dan masak bahan didalam periuk tadi sehingga mendidih. Kemudian potong nanas yang telah dibuang kulit kepada saiz lebih kurang satu inci. Masukkan serai yang telah diketuk dan juga nanas tadi kedalam periuk dan masak sehingga air nanas turun dan menghsilkan rasa sedikit masam. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi.
- 5. Kemudian masukkan ikan siakap yang telah dibasuh bersih tadi. Masak sehingga isi ikan menjadi putih dan lembut, ia petanda ikan sudah masak. Tapi ingat, jangan masak ikan terlalu lama kerana ia akan menyebabkan isi ikan menjdi hancur.
- 6. Setelah ikan sudah masak, perasakan kuah dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda. Tutup api dan masukkan kangkung. Bagi mengekalkan kesegaran rasa kangkung dan juga untuk mengelakkan kangkung terlalu lembik, ia sesuai dimasukkan ketika masakan ikan kengsom ini sudah masak.
- 7. Akhir sekali masukkan sedikit air air perahan limau nipis dan kacau sehingga sebati. Hidang didalm bekas yang bersesuaian. Ikan Siakap Masak Kengsom anda sedia untuk dinikmati. Selamat menjamu selera.
Jom kami kongsikan satu lagi resepi ikan siakap, iaitu Ikan Siakap Masak Kengsom.
Anda pasti sudah biasa makan pelbagai resepi ikan siakap ala thai seperti Ikan Siakap Tiga Rasa, Ikan Siakap Stim Limau dan Ikan Siakap Stim Halia. Kali ini anda boleh cuba resepi Ikan Siakap Masak Kengsom pula, juga resepi dari Thai.
Masakan Thai amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana identiti rasanya yang masam, manis dan pedas menepati citarasa orang kita.
Resepi masak kengsom ini boleh je menggunakan pelbagai jenis ikan lain seperti ikan kembung, ikan jenahak, ikan merah dan macam-macam lagi jenis ikan. Ikan siakap digunakan kerana ia mempunyai isi putih yang tebal dan sangat sedap bila dimasak kengsom.
Rahsia utama keenakan ikan siakap masak kengsom ini mestilah ikan siakap yang segar. Pastikan anda memilih ikan yang masih anjal dan padat isinya. Jangan pilih yang bermata merah pula. Rujuk kepada tip-tip memilih ikan segar supaya masakan anda nanti sedap untuk dinikmati.
Saiz ikan bergantung kepada saiz hidangan anda nanti. Saiz yang dicadangkan adalah antara 500 gram hingga 800 gm. Jika anda membeli ikan dipasar, anda boleh meminta penjual ikan untuk terus menyiang dan membuang sisik ikan siakap tu. Kebanyakan penjual menyediakan servis ini tanpa sebarang caj tambahan.
Untuk memasak kengsom, ikan siakap biasanya dipotong kepda empat bahagian. Anda boleh mengelar sedikit bahagian ikan yang telah dipotong. Basuh ikan sehingga bersih dan buang segala sisik yang ada. Untuk menghilangkan bau hanyir ikan, anda boleh membasuh ikan yang telah dipotong tadi dengan tepung gandum. Lumurkan kesemua bahagian ikan yang terdedah dengan tepung supaya hilang semua lendir nanti.
Setelah selesai mambasuh ikan, ketepikan dahulu sementara anda menyiapkan bahan-bahan untuk kuah.
Bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan kuah kengsom ini mudah untuk didapati. Antara bahan utama yang digunakan ialah nanas, serai, lada merah dan bawang. Untuk senarai resepi yang lengkap, anda boleh rujuk di bahagian resepi dibawah.
Ada beberapa jenis bahan perlu dikisar dahulu sebelum dimasak. Bahan-bahan tersebut perlu dikisar sehingga halus. Anda boleh masukkan sedikit air sebelum mengisar supaya bahan mudah lumat dan menghasilkan tekstur yang sedikit berair.
Kemudian bahan bahan yang dikisar tadi dimasak didalam periuk bersama bahan-bahan lain. Anda boleh ke bahagian cara penyediaan untuk langkah-langkah yang lebih lengkap.
Sebelum anda mula memasak, jom kongsikan resepi ini dengan rakan-rakan ataupun keluarga anda. Kongsikan di Facebook, Whatsapp dan lain-lain media sosial supaya lebih ramai lagi yang dapat mencuba resepi ini.
Jom memasak!