Resipi Ayam Masak Kurma Sedap
Bahan-bahan masak kurma ayam
- 1/2 ekor ayam
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2-3 sudu besar rempah kurma
- 200-400 ml santan
- 1 biji kentang
- 1 biji bawang besar (Dipotong besar-besar)
- 1 batang lobak merah
- 1 keping asam gelugur
- 1 biji tomato
- 1 sudu besar kerisik
- Gula
- Garam
- Serbuk perasa
Bahan tumbuk atau kisar
- 2-5 biji bawang merah
- 2-4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
-
1 Collapse
Cara Masak Ayam Kurma
- 1. Potong ayam kepada bahagian sederhana kecil. Basuh bersih kemudian toskan airnya sehingga kering.
- 2. Kisar bawang merah, bawang putih dan juga halia. Jika anda tak mahu kisar, boleh juga ditumbuk halus.
- 3. Panaskan sedikit minyak didalam kuali untuk menumis. Kemudian tumis rempah empat sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan juga buah pelaga sehingga bau wangi.
- 4. Seterusnya masukkan bahan yang dikisar ataupun ditumbuk tadi dan tumis lagi sehingga keperangan dah n naik bau.
- 5. Kemudian masukkan bancuhan rempah kurma dan masak sehingga sedikit kering dan juga pecah minyak. Masak dengan api sederhana besar bagi mengelakkan rempah anda hangus nanti.
- 6. Jika anda ingin dapatkan rasa kurma ayam yang betul-betul sedap, anda boleh tambahkan lagi air dan masak lagi sehingga rempah hampir kering. Ulang langkah ini 2 atau 3 kali.
- 7. Setelah yakin rempah sudah betul-betul masak, anda boleh masukkan ayam, bawang besar dan juga ubi kentang. Gaul dan masak ayam dengan bahan-bahan lain sehingga rata dan ayam kecut serta kering air.
- 8. Sekiranya ayam sudah kecut, anda sudah boleh masukkan santan. Kuantiti santan bergantung kepada kepekatan ayang anda inginkan. Jika terlalu pekat, anda boleh masukkan sedikit air.
- 9. Masukkan juga asam keping, kerisik dan juga lobak merah. Masak sehingga kuah mendidih dan juga terbit minyak.
- 10. Setelah kuah kurma anda sudah mendidih, perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa anda. Tambahkan sedikit serbuk perasa kegemaran anda jika ada.
- 11. Sekiranya anda sudah berpuas hati dengan rasa kurma ayam anda, anda sudah boleh masukkan tomato yang dibelah.
- 12. Masak sekejap jangan sampai tomato lembik. Ayam masak kurma anda sudah siap untuk dihidang. Selamat menjamu selera.
Pernah tak anda masak resepi kurma?
Cara masak kurma ni lebih kurang sama dengan masak kari, cuma rempah yang digunakan berbeza.
Rasa kurma ni sedikit manis berbanding resepi kuah berempah yang lain seperti kerutuk dan juga kari.
Kali ini, apa kata anda cuba masak resepi ayam masak kurma seperti yang kami ingin kongsikan ini.
Ayam masak kurma agak popular juga dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Kurma ayam biasanya dimakan bersama dengan nasi minyak dan boleh juga dimakan dengan nasi putih.
Anda boleh padankan ayam kurma ini dengan acar timun, sayur goreng seperti kobis goreng dan juga sambal belacan.
Ayam masak kurma ini dikategorikan sebagai resepi berkuah santan. Sama seperti resepi ayam kari, ayam kerutuk dan juga gulai ayam. Jadi jangan lupa masukkan resepi ini dalam koleksi resepi ayam anda.
Antara bahan utama untuk masak kurma ayam ini mestilah rempah kurma. Rempah kurma mudah didapati dikedai-kedai runcit berhampiran rumah anda.
Bahan-bahan lain yang digunakan ialah bawang merah, bawang putih, halia dan juga rempah empat sekawan. Untuk senarai lengkap bahan, anda boleh semak dibahagian bahan-bahan.
Cara masak ayam kurma ini senang untuk anda ikuti. Cara masaknya lebih kurang sama dengan masak kari dan juga kerutuk.
Sebelum mula memasak, anda perlulah sediakan bahan-bahan dahulu supaya proses memasak anda mudah dan lancar.
Mula-mula anda perlu sediakan ayam. Potong ayam kepada saiz yang anda gemari. Basuh bersih ayam kemudian bilas. Toskan ayam sehingga air kering dan ketepikan dahulu.
Seterusnya sediakan pula bahan menumis iaitu bawang merah, bawang putih dan juga halia. Anda boleh pilih sama ada untuk tumbuk halus bahan tersebut ataupun kisar.
Bancuh rempah kurma dengan sedikit air sehingga menjadi seperti pes.
Untuk bahan sampingan seperti ubi kentang dan juga lobak merah, kupas kulit kemudian bersihkan dengan air. Potong ubi kentang kepada empat atau enam bahagian.
Lobak merah anda boleh potong separa bulat ataupun panjang-panjang. Biasanya lobak merah dipotong kasar-kasar sahaja.
Tomato dan bawang besar boleh dibelah kepada 6 bahagian.
Santan pula anda boleh gunakan santan segar ataupun santan kotak.
Setelah semua bahan sudah siap disediakan, anda sudah boleh mula memasak.
Sebelum itu jangan lupa kongsikan resepi ayam masak kurma ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda di Facebook dan juga group whatsapp. Mereka pasti tak sabar nak cuba hasil air tangan anda.
Langkah pertama ialah anda perlu panaskan minyak untuk menumis didalam periuk yang bersesuaian.
Tumis rempah empat sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan juga buah pelaga. Tumis sehingga keperangan dan bau wangi memenuhi ruang, pasti tak sabar orang yang menunggu bila bau wangi-wangi masakan ni.
Kemudian masukkan bahan kisar ataupun bahan tumbuk dan tumis sehingga kekuningan dan juga naik bau. Pastikan bahan tumis betul -betul masak bagi mendapatkan hasil yang enak nanti.
Seterusnya masukkan rempah yang telah dibancuh tadi. rempah dibancuh terlebih dahulu bagi memudahkan ia dimasak dan bagi mengelakkan ia cepat hangus.
Tumis bahan-bahan sekali lagi sehingga kering dan juga pecah minyak. Gunakan api sederhana besar bagi mengelakkan bahan cepat hangus. Jika bahan hampir kering, tambahkan sedikit air dan masak lagi. Ulang langkah ini sehingga 2 atau 3 kali biar rempah dan bahan-bahan betul-betul masak.
Masukkan ayam, bawang besar dan juga ubi kentang yang telah dibelah tadi. Gaulkan ayam dengan semua bahan sehingga sekata. Masak sehingga ayam kecut dan kering airnya. Api jangan terlalu besar ye.
Langkah seterusnya ialah masukkan santan dan sedikit air mengikut kepekatan yang anda inginkan. Masukkan juga asam keping, kerisik dan juga lobak merah. Masak sehingga santan mendidih dan pecah minyak.
Jika kuah kurma ayam anda sudah mendidih, perasakan dengan sedikit gula dan garam. Jika anda mahu, anda boleh masukkan juga serbuk perasa kegemaran anda.
Setelah berpuas hati dengan rasa kuah ayam kurma anda, anda bolehlah masukkan tomato dan masak dengan api perlahan.
Jika semua bahan sudah dimasukkan, ayam masak kurma anda sedia untuk diangkat. Selamat mencuba.