Resepi Sup Ayam Simple, Sedap Dan Cepat
Bahan-bahan Sup Ayam Simple
- 1/2 ekor ayam
- 2-4 ulas bawang putih
- 2-3 biji bawang merah
- 1/2 inci halia
- 1 sudu kecil lada hitam
- 1 sup bunjut
- 1/2 biji lobak merah, potong jejari atau separa bulat ( *optional )
- 2 biji ubi kentang, kupas kulit dan belah empat ( *optional )
- garam
- daub sup
-
1 Collapse
Cara masak Sup Ayam Simple
- 1. Potong ayam kepada beberapa bahagian kecil mengikut saiz kegemaran anda. Basuh bersih ayam dan bilas kemudian toskan airnya.
- 2. Kemudian sediakan bawang merah, bawang putih dan halia untuk ditumis. 3 bahan ini anda boleh mayang halus ataupun tumbuk. Pilih cara yang selesa bagi anda.
- 3. Tumis 3 bahan diatas sehingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan lada hitam yang telah ditumbuk.
- 4. Seterusnya masukkan ayam dan kacau sehingga air ayam kering dan ayam sedikit kecut.
- 5. Setelah ayam sudah kering air, masukkan pula air mentah sehingga tenggelam sedikit ayam. Masukkan juga sup bunjut. Masak sehingga mendidih.
- 6. Jika air sudah mendidih, masukkan ubi kentang dan masak sehingga empuk.
- 7. Sementara menunggu ubi kenang empuk, anda boleh sediakan bawang goreng. Hiris halus bawang merah dan goreng sehingga keperangan dan garing. Ketepikan dahulu sementara sup masak.
- 8. Jika ubi sudah hampir empuk, anda bolehlah masukkan lobak. Setelah ayam, ubi dan lobak sudah masak dan empuk, masukkan bawang goreng tadi. Masak seketika sehingga rasa bawang dan kuah sup sebati.
- 9. Angkat sup dan taburkan hirisan daun sup. Sedia untuk dihidang.
Anda sedang mencari idea untuk masak resepi yang ringkas dan mudah?
Mari kami kongsikan dengan anda resipi sup ayam simple ini.
Hanya menggunakan beberapa jenis bahan sahaja dah boleh terus masak. Langkah untuk menyediakan sup ayam ni pun senang dan ringkas juga. Walaupun ringkas, rasanya sedap tau.
Sup ayam biasanya dijadikan sebagai menu hidangan makan tengahari dan makan malam. Resepi ini sering menjadi pilihan jika anda ketiadaan idea untuk masak apa ataupun tiada mood untuk masak masakan yang rumit-rumit.
Selain itu, sup ayam simple ini juga sering dijadikan menu semasa tidak sihat dan juga menu orang bujang.
Terdapat pelbagai variasi sup ayam yang boleh anda cuba selain daripada sup ayam simple ini. Antara yang paling popular ialah Resepi Sup Ayam Sedap dan Kaw serta Resepi Sup Ayam Thai.
Jadi bolehlah anda tambahkan lagi senarai koleksi resepi ayam anda.
Bahan-bahan utama yang digunakan untuk memasak sup ayam simple ini ialah 1/2 ekor ayam, bawang putih, bawang merah, halia dan juga sup bunjut. Untuk senarai resepi yang lengkap, anda boleh semak di bahagian bahan-bahan dibawah.
Cara memasak sup ayam ini pun mudah. Mula-mula anda perlu tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk ataupun dimayang. Anda boleh tumbuk sekali lada hitam.
Tumis sehingga nauk bau dan sedikit garing. Kemudian masukkan ayam yang telah dipotong dan masak sehingga kering air ayam.
Kemudian masukkan air sehingga tenggelam ayam dan mengikut kepekatan yanga anda inginkan. Air jangan terlalu banyak, nanti terlalu cair. Masak sehingga mendidih.
Sementara itu, kupas ubi kentang dan juga lobak merah. Dua bahan ini kalau anda taknak masukkan pun tak mengapa.
Setelah sup mendidih masukkan ubi dan lobak tadi. Reneh sehingga ubi dan lobak empuk.
Goreng bawang merah didalam kuali yangalin sehingga keperangan dan garing. kemudian masukkan kedalam sup yang mendidih tadi dan renehkan seketika sehingga sebati rasa bawang goreng.
Setelah masak, angkat sup dan taburkan dengan hirisan daun sup. Untuk langkah penyediaan yang lebih jelas, anda boleh semak pada bahagian cara memasak dibawah.
Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan keluarga dan rakan-rakan anda di Facebook dan juga group whatsapp, bolehlah mereka cuba juga nanti.
Jom semak bahan-bahan yang anda perlukan.