Resepi Kari Ayam Sedap Dan Mudah

15 March 2023 1051

Resepi Kari Ayam Sedap
Kari Ayam Sedap

Bahan-bahan Kari Ayam Sedap

  • 1/2 ekor ayam
  • 2-3 sudu besar rempah kari
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 mangkuk santan
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 biji kentang
  • 1-2 pelepah daun kari
  • 1 - 2 keping asam gelugur

Bahan-bahan Hiris Halus

  • 2-5 biji bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Bahan-bahan tumis

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-4 biji buah pelaga
  • 2-3 bunga cengkih
  • 1 Collapse

    Cara Masak Kari Ayam Sedap


    • 1. Potong ayam kepada beberapa bahagian kecil. Basuh ayam sehingga bersih, kemudian toskan airnya. Ketepikan dahulu sementara anda menyediakan bahan lain.
    • 2. Campurkan rempah kari dan juga serbuk cili didalam mangkuk. Kemudian bancuh dengan sedikit air sehingga menjadi pes rempah kari.
    • 3. Panaskan minyak didalam periuk yang sesuai untuk menggulai. Kuantiti minyak hendaklah mencukupi untuk menumis nanti.
    • 4. Tumis bahan hiris iaitu bawang merah, bawang putih dan juga halia bersama dengan bahan-bahan tumis iaitu bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan juga buah pelaga.
    • 5. Tumis bahan-bahan tadi sehingga kekuningan dan naik bau.
    • 6. Seterusnya anda boleh masukkan pes rempah kari yang telah dibancuh tadi. Masukkan juga daun kari. Tumis sehingga rempah kari masak dan pecah minyak. Tumis dengan menggunakan api perlahan bagi mengelakkan rempah hangus.
    • 7. Untuk mendapatkan rasa kari yang benar-benar enak, anda boleh masukkan air sedikit dan masak bahan tumis sehingga pecah minyak lagi. Ulang langkah ini sehingga 3 kali.
    • 8. Kemudian anda boleh masukkan ayam dan gaul sehingga rempah kari sekata melumuri bahagian ayam. Anda boleh tutup periuk dan masak sehingga ayam kecut dan kering air ayam.
    • 9. Jika ayam sudah separuh masak dan kering air, anda sudah boleh masukkan santan. Masukkan santan mengikut kepekatan yang anda inginkan. Anda boleh tambah sedikit air untuk seimbangkan kepekatan kuah.
    • 10. Langkah sererusnya ialah anda boleh masukkan ubi kentang dan juga asam keping. Masak sehingga kuah mendidih. Anda perlu sentiasa kacau kuah bagi mengelakkan santan berketul.
    • 11. Setelah mendidih anda boleh masukkan kerisik dan perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
    • 12. Setelah ubi sudah empuk dan kuah sudah pekat serta masak, kari ayam anda sudah boleh diangkat. Selamat menjamu selera.

Anda sedang berkira-kira nak masak Kari Ayam? Jom cuba resepi yang ingin kami kongsikan ini.

Kari ayam cukup sinonim dengan masyarakat melayu. Kari ayam biasanya dihidangkan bersama nasi putih panas-panas. 

Selain daripada itu, kari ayam boleh dipadankan dengan pelbagai lagi jenis lagi hidangan. 

Antara hidangan yang seringdipadankan dengan kari ayam ialah, Nasi Minyak dan juga Nasi Beriani.

Ada juga menjadikan kari ayam sebagai sebagai gandingan dengan Roti Jala dan juga Pulut Kuning.

Boleh dikatakan resipi Kari ayam ini sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis makanan lain.

Jadi rasanya wajib bagi anda untuk mencuba resepi ini dan anda boleh tambahkan ia ke dalam koleksi resepi ayam anda.

Terdapat pelbagai variasi Kari ayam, antara yang paling popular ialah resepi kari ayam simple, kari ayam tanpa santan dan juga resepi ini, resepi kari ayam sedap.

Untuk mendapatkan rasa Kari Ayam yang betul-betul lazat, bahan-bahan dan cara masak yang betul perlu dititk beratkan.

Tapi anda tak perlu risau, cara masak resepi Kari ayam ini senang sahaja untuk diikuti.

Sebelum itu, jom kami terangkan bahan-bahan yang anda perlukan.

Antara bahan utama yang anda perlukan ialah 1/2 ekor ayam, rempah kari ayam kegemaran anda, serbuk cili dan juga rempah 4 sekawan. Untuk senarai bahan yang lebih lengkap, anda boleh semak pada bahagian bahan-bahan dibawah.

Jom kami terangkan cara memasak resepi ini secara ringkas. Untuk cara memasak yang lebih terperinci, anda boleh ke bahagian cara memasak kari ayam dibawah.

Langkah pertama untuk masak resepi ini ialah penyediaan bahan-bahan.

Mula-mula potong ayam anda kepada bahagian yang lebih kecil supaya ia senang untuk dimasak nanti. Potong mngikut saiz kegemaran anda. Kemudian basuh ayam bersih-bersih, bilas dan toskan airnya.

Seterusnya anda boleh bancuh rempah kari ayam dengan serbuk cili didalam mangkuk kecil. Bancuh sehingga menjadi pes yang pekat. Tujuan rempah kari dibancuh menjadi pes ialah supaya senang proses menumis nanti.

Untuk menumis, anda perlu hiris nipis-nipis bawang merah, bawang putih dan juga halia. Bahan-bahan ini nanti akan ditumis bersama dengan rempah 4 sekawan iaitu bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan juga kulit kayu manis.

Anda perlu gunakan periuk yang bersesuaiaan untuk menggulai. Panaskan minyak didalam periuk untuk menumis. Tumis bahan yang telah dihiris dan juga rempah 4 sekawan tadi. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau, barulah bangkit selera anda nanti.

Kemudian masukkan pes kari yang telah dibancuh tadi. Tumis sehingga rampah masak dan juga pecah minyak. Masukkan pula daun kari.Jika bahan tumis kelihatan hampir kering, anda boleh tambahkan sedikit air dan tumis lagi sehingga pecah minyak. Ulang bebearapa kali proses ini untuk mendapatkan rasa kari yang enak.

Setelah rempah pecah minyak untuk yang terakhir kali, anda sudah boleh masukkan ayam. Gaul ayam dan rempah sehingga sebati, iaitu keseluruhan bahagian ayam diresapi dengan rempah kari. kemudian anda boleh tutup periuk dan masak sehingga ayam kecut dan juga air ayam kering.

Jika ayam sudah separuh masak, anda sudah boleh masukkan santan dan juga ubi kentang. Masak sehingga kuah mendidih dan juga ubi kentang empuk. Sentiasa kacau kuah kari sehingga mendidih bagi mengelakkan santan berketul-ketul nanti.

Sekiranya kuah sudah masak dan juga ubi kentang sudah empuk, anda boleh masukkan kerisik, dan perasakan dengan sedikit garam mengikut citarasa anda. Kari ayam anda sedia untuk diangkat.

Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan keluarga dan juga rakan-rakan anda di Facebook dan juga group Whatsapp. Bolehlah mereka mencuba juga nanti.

Jom semak senarai lengkap bahan-bahan yang anda perlukan nanti.